Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Sunday, 21 September 2014

Wanita perlu tahu bila berhias





Ini cikgu saya, nama dipanggil cikgu Azrin..tertarik dengan kata kata nya;

Saya ada bagitahu pelajar pelajar perempuan, bila bermake-up n berhias depan cermin tu, tanya diri sendiri, adakah cara berhias aku harini menarik perhatian lelaki, adakah pakaian aku harini menarik nafsu lelaki

so let me straight to the point,

wahai muslimat, women, wanita, kaum Hawa sekalian, fikirkanlah semasa anda berada di depan cermin menghias diri, 

Agak agak la kan, pakaian yang anda pakai harini menaikkan nafsu lelaki tak? 

Agak agak dengan wangian yang melampau harini menarik lelaki mendekati anda tak? 

Agak agak dengan kejelasan penampakan bentuk badan anda harini menarik lelaki cuba mengambil kesempatan pada anda tak?



mungkin some akan mengatakan "alahai tak payah la pandang kalau cmtu"
Bagaimana mungkin kerana kami, lelaki, ada yang lemah imannya, terpandang, sesetengah kami menundukkan pandangan, diganggu dengan panahan syaitan, sesetengah akan memandang lagi


Kami bukan imannya malaikat..malaikat, yang sentiasa taat pada Allah..dosa habuk pun tak ada..kami juga terdiri dari pendosa..kami juga terdiri dari pendosa yang ingin berubah, berhijrah kepada yang lebih baik


Oleh itu, anda juga boleh..mohonlah..semasa berhias diri

sikit sikit, labuhkan tudung

sikit sikit, longgarkan pakaian

sikit sikit, kurangkan rasa ingin dipandang manusia kerana yang lebih lebih penting ialah pandangan Allah Nanti




Cubalah, insyaAllah anda akan lebih disegani..lelaki nak pandang pun segan..kalau saya lepak dengan kawan kawan, mesti cm "uih, calon isteri..cepat cepat..mintak no hp ayah dia"

Instead bila ternampak yang seksi meksi "haaa, yang ni buat awek je boleh la..buat bini tak boleh..habis mak aku pukul aku nanti"

Saya cuba ceritakan realiti bila lepak lepak dengan ramai, macam macam jenis kawan


Delete la gambar gambar anda yang mungkin menaikkan nafsu ramai lelaki di laman sosial, facebook, twitter, instagram, tagged, wechat, dll

Delete la gambar gambar anda yang tak menutup aurat..kesian ayah anda menanggung dosa kerana anda..sudah la penat bekerja menyara hidup..dipikul pula satu lagi bebanan di akhirat




Maaf dipinta, diri ini juga banyak dosa,

muiz


www.tips-fb.com

Thursday, 24 April 2014

Kenangan Manis Dakwah

(Watak bukan dalam gambar)
Satu kisah dakwah budak jalanan oleh Abang Ariffin, bekas kaki Disco yg kini Da'e yg menceritakan kisah ni kt aku..katanya ini ialah pengalaman paling manis dalam dia berdakwah
Perkara ni berlaku pada 2012 di mana satu jemaah telah dihantar ke Perlis n mereka ditempatkan di satu surau di sebuah taman
Di petang hari, amalan ziarah dari rumah ke rumah telah dilakukan..tidak banyak yang diperkata..hanya bertanya khabar mengenali saudara seislam dan memujuk rayu agar semua lelaki yg sudah akil baligh datang menghadiri surau menunaikan solat fardhu
Abg Ariffin jumpa seorg remaja dikenali Mat..dia diajak ke surau solat berjemaah, mendengar hadith nabi, kisah para sahabat dll..teruja katanya lalu jemaah ajak bersama di surau..dia setuju dan memohon izin ayahnya untuk iktikaf 3 hari di surau
Seronok bersama jemaah tapi 3 hari berlalu..dia terpaksa pulang kerana janjinya pada ayah..pulang petang tiba tiba hadir pagi esok
Abg ariffin, "eh, datang balik..kenapa?" Mat, "ala bang..susah la nak jaga solat kt rumah" abg Ariffin, "takpe..duduk jela dengan kami" hari berlalu
Mat diajak membantu jemaah..beliau hadir majlis ilmu, ziarah rumah, memasak, solat fardhu berjemaah
Hingga satu malam jam 2 pagi Mat terbangun mengejut abg Ariffin kerana sakit belakang "bang..sakit bang..sakit bang"
"Mat, kenapa ni?" "Sakit bang..sakit bang" "Mat, cakap la sakit ya
Allah..sakit ya Allah" " Sakit bang..sakit bang" "Mat, abg janji kalau kau mati esok, abg mandikan kau, abg kafankan kau, abg masukkan kau dalam liang lahad, abg tanam kau" Mat terdiam n baru berkata "sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah" hingga esok paginya
Aktiviti jemaah berjalan seperti biasa hingga satu malam ketika bacaan hadith nabi..Mat hilang semasa bacaan..abg Ariffin sangka mungkin dia pulang rumah..telefon abg Ariffin berdering "Ariffin, Mat meninggal..eksiden jalanraya" abg Ariffin gundah gulana..kereta Mat masuk dalam sungai
Hospital sahkan Mat bukan mati lemas tapi mati di tepi jalanraya mungkin kerana penat selamatkan diri..abg Ariffin buka kain kafan, " masyaAllah muiz..dia senyum kt abg..masa nak solat, masjid berbau harum seharumnya" *air mata abg Ariffin berlinang* aku hampir menangis sekali
Abg Ariffin kata "kalaulah abg tahu ilmu roh..roh nak dikeluarkan masa dia kata sakit malam tu, dah tentu abg nak ikut dia dalam kereta yg sama n mati sama sama dengan dia" aku terdiam sebak..abg Ariffin mengesat air mata
Ya Allah, apalah pengorbanan aku untuk agamamu selama hampir 21 tahun ini ya Allah..pilihlah aku untuk mati di jalan kau ya Allah :'(


www.tips-fb.com

Friday, 3 January 2014

Adakah dosa aku dimaafkan Allah

Selalu aku teringat..dari saat bila aku mula melakukan dosa setelah aku akil baligh

Seolah olah ingin memiliki mesin masa, memutar waktu dan ketika aku melakukan dosa..setiap detik ingin aku cari di mana salah nya

Salah aku pada Allah??Salah aku pada manusia??atau salah aku pada ciptaanNya

aku risau dengan keadaan diri yang bergelumang dosa..takut takut Allah menarik masaNya daripada aku hingga aku terkandas mati dalam kemaksiatan







sejuk hati bila terjumpa kalam Saiyiduna Muhammad SAW :


Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata, "Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?" Rasulullah menjawab, "Ya. Akan ditulis." Ia bertanya lagi, "Bagaimana jika aku bertaubat?" Rasulullah menjawab, "Akan dihapus."

Ia berkata lagi, "Bagaimana jika aku mengulangi lagi?" Rasulullah menjawab, "Akan ditulis." Ia berkata lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?"

Rasulullah menjawab,"Akan dihapus." Lelaki itu pun berkata, "Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus?" Rasulullah menjawab, "Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."

(HR Thabrani & al-Hakim)



Jadi kepada rakan rakan dan sahabat pembaca,

1) Masa masih ada..kita sedar akan dosa kita..itu tanda Allah masih sayang pada kita :)

2) Jangan pernah endah manusia yang mengeji hijrah kita..kerana percayalah Allah akan menggantikan sahabat baru yang lebih baik daripada mereka

3) Sentiasa mendampingi ulama' dan menghadiri majlis majlis ilmu..kerana melakukan dosa banyak berlaku akibat kejahilan diri kita memiliki ilmu agama

4) Sentiasa tingkatkan ilmu, iman dan amal serta mencari suasananya seperti jemaah dakwah yang bertebaran di seluruh dunia

5) Jauhi mana mana ajaran seperti syiah dsb..kerana mereka sentiasa mencari cari ahli baru dalam mencucuk semangat kita dengan kelebihan ajarannya..kesimpulannya, ilmu sangat penting!

6) Al Quran & Sunnah tunjang utama hidup manusia kepada Tuhannya :)








www.tips-fb.com

Thursday, 11 July 2013

Jor UiTM Penang





Alhamdulillah petang Ahad 7 Julai 2013, dengan jayanya berlangsung Perhimpunan Umat Islam student2 di UiTM Penang lepas Asar di Pusat Islam uitm..Tajuk yang dibincangkan ialah Kelebihan Student Bila Berdakwah dan Belajar..Kaifiat2 Amalan Pada Bulan Ramadhan..Bayan diberikan dengan penuh semangat atas maksud agama

Penceramah dijemput juga bukan dari calang2 tempat belajar..Dr Syed Abdul Kadir (bekas lecturer UPM..lulusan degree, master n phd university di US), Tuan Rohaizam (Engineer..lulusan degree di US), dan seorang lecturer USM, Pulau Pinang..juga dihadiri oleh Jemaah 40H dari Shah Alam (Pelajar ALIM madrasah Miftah Ulum, Sri Petaling, KL)





Antara fakta best yang aku dengar..Laporan kerja agama..hasil kerja Dakwah di Sri Lanka..Setiap waktu solat, surau n masjid dipenuhi jemaah..sehinggakan solat zuhur terpaksa dibuat 2 kali..ramai orang datang solat..surau dan masjid dipenuhi walaupun solat subuh..jemaah keluar di jalan Allah dibentuk banyak..jemaah keluar tak dikira mengikut masjid/surau karyah tapi ikut lorong rumah..setiap lorong mengeluarkan jemaah pada setiap bulan..subhanAllah!!




Dapat saya petik dari beberapa ucapan Dr Syed Abdul Kadir: 

"Islam in theory is not the same than Islam in practise" 

Allah telah berfirman dalam al Quran "lower your gaze!!" lower your gaze!!(An-Nur : 30)

lelaki terpandang perempuan..Allah........seksinya..sekali terpandang..takpe..lepas tu tunduk kan pandangan..ingat senang ke nak buat macam tu??senang ke nak tunduk lepas terpandang??siapa yang dapat tu..alhamdulillah..dia dah dapat kemanisan iman :)

Allah..terkedu mendengarnya..tapi, itulah realitinya wanita pada pandangan lelaki (pandangan diri yang lemah ini)

Dr jugak menceritakan bagaimana perjuangan sahabat sahabat nabi dulu..bagaimana Islam boleh menang..yang menghidupkan Islam..jihad fisabilillah..yang mati?? God with them..Faith smile at them..


Tertanya tanya..apa sumbangan aku untuk Islam..apa yang aku buat untuk 20 tahun ni..pedih mengenang


:'(



www.tips-fb.com