Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Thursday, 8 September 2011

Assignment CiTU (PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH)





UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG,
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL,
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL.
CTU 101
TAJUK :
PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

            PENSYARAH        :             USTAZ AZMIN BIN PULLONG

AHLI KUMPULAN :
1.      FAIZ BIN NOOR AZAM                                         2011802592
2.      MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH        2011833374
3.      MUHAMMAD MU’IZZUDDIN BIN ISMAIL      2011446698



PENDAHULUAN:  
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aqidah bermaksud rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini dan dipegang dengan kukuh.
            Perkataan aqidah di ambil dari kata dasar “al-aqdu” iaitu ar-rabth (ikatan), al-lbraam (pengesahan), al-ihkam (penguatan), at-tawatstsuq (menjadi kukuh, kuat), asy-syaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk (pengukuhan) dan al-itsbaatu (penetapan). Di antaranya juga mempunyai al-yaqiin (keyakinan) dan al-jazmu (penetapan). (Farid Muhammad, 1995: 33)
            Aqidah dari segi bahasa bermaksud simpulan iman, pegangan yang kuat, keyakinan yang teguh dan kepercayaan yang kukuh.
 Dari sudut istilah pula aqidah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu sendiri. Aqidah terbahagi kepada dua iaitu aqidah yang benar dan batil. Aqidah yang benar seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esaan Allah SWT manakala aqidah yang batil seperti keyakinan umat Nasrani bahawa Allah SWT adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas).
Maksud aqidah Islamiyah ialah kepercayaan yang mantap kepada Allah SWT sebagai Rabb dan Illah serta beriman dengan Nama-nama-Nya yang 99 lagi indah dan segala Sifat-sifat-Nya, beriman dengan para malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat, beriman dengan qada’ dan qadar sama ada baik mahupun buruk termasuk juga segala , serta seluruh kandungan kitab al-Quran al-Karim dan as-Sunnah Ash-Shahihah dan kepasrahan secara menyeluruh kepada Allah SWT dalam hal-hal hukum, perintah mahupun syarak, serta mengikut segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
            Menurut Ahli Sunnah Waljama’ah, aqidah Islamiyyah mempunyai lain, di antaranya ialah At-Tauhid, As-Sunnah, Ushuluddin, Al-Fiqbul Akhbar, Asy-Syari’ah dan Al-Iman. Nama-nama inilah yang terkenal menurut Ahli Sunnah dalam ilmu aqidah.



Kepentingan Aqidah Dalam Islam :
            Dalam agama Islam, keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar. Hal yang demikian, mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT ataupun orang yang kafir, tidak mahukan balasan pahala daripada Tuhan mereka. Golongan ini juga mengerjakan amalan-amalan dalam kehidupan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT yang telah menjadikan mereka.
            Golongan yang tidak beriman ataupun orang-orang kafir kepada Allah SWT akan dihukum kelak di hari akhirat. Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka sendiri di dunia. Mereka tidak mahu menyelidik agama Allah SWT iaitu agama Islam yang hanya diredhai oleh Allah SWT seperti firman-Nya :

¨bÎ) šúïÏe$!$# yYÏã «!$# ÞO»n=óM}$# 3
Terjemahan : Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah SWT hanyalah Islam.
                                                                                                            (Surah Ali-Imran 3 : 19)
Golongan ini juga tidak mahu mendengar wahyu-wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul. Mereka bukan sahaja tidak mahu beriman dengan wahyu yang diturunkan di dalam kitab-kitab Allah SWT, malah mereka memperolok-olokkan serta mempersendakan ayat-ayat Allah SWT. Hal ini demikian menjadi faktor segala amalan-amalan yang mereka kerjakan ditolak oleh Allah SWT. Amalan-amalan mereka di dunia menjadi sia-sia sahaja. Seterusnya golongan ini akan diseksa disebabkan kekufuran mereka itu sendiri kelak.



Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, 25 : 23,
!$uZøBÏs%ur 4n<Î) $tB (#qè=ÏJtã ô`ÏB 9@yJtã çm»oYù=yèyfsù [ä!$t6yd #·qèWY¨B ÇËÌÈ
Terjemahan:
Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu  yang berterbangan.
Ayat ini menegaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir di dunia dahulu akan terbuang sahaja ibarat debu yang berterbangan pada hari akhirat kelak. Dengan kata lain perbuatan-perbuatan baik mereka di dunia adalah sia-sia sahaja.  Hal ini disebabkan segala amalan mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka kerana kekufuran mereka semase hidup di atas muka bumi.

Firman Allah SWT lagi,
ã@sW¨B šúïÏ%©!$# (#rãxÿx. óOÎgÎn/tÎ/ ( óOßgè=»yJôãr& >Š$tBtx. ôN£tFô©$# ÏmÎ/ ßwÌh9$# Îû BQöqtƒ 7#Ϲ%tæ ( žw tbrâÏø)tƒ $£JÏB (#qç7|¡Ÿ2 4n?tã &äóÓx« 4 šÏ9ºsŒ uqèd ã@»n=žÒ9$# ßÏèt7ø9$# ÇÊÑÈ
Terjemahan :
Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan di dunia. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.
                                                                                                            (Surah Ibrahim, 14 : 18)

Ayat ini menerangkan bahawa segala amalan yang mereka usahakan yang tidak berlandaskan keimanan dan aqidah yang benar dan tidak mengikut jalan yang betul lagi benar. Maka kebaikan itu tidak akan mendatangkan manfaat pun kepada mereka dan menjadi sia-sia. Allah SWT juga tidak akan member apa-apa balasan untuk amal-amal golongan ini.
            Aqidah bukan sahaja hanya menjadi satu kepentingan dalam agama Islam, tetapi juga merupakan suatu perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan seorang muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di dunnia ini tanpa aqidah diibaratkan jahil dalam aqidah dan adalah seperti orang buta yang tidak mengenali keadaan dan bentuk diri mereka sendiri.
            Dalam aqidah Islam, mereka yang mengenali Allah SWT yang mencipta alam dunia ini dan tidak mengetahui siapa yang telah menjadikan diri mereka sendiri di dunia adalah orang yang hidup tanpa tauhid dan aqidah. Golongan ini sentiasa hidup dalam kekufuran yang nyata serta hidupnya hanya untuk duniawi sahaja. Tempat bagi orang-orang di dalam golongan ini di akhirat kelak adalah di dalam neraka jahanam.

Firman Allah SWT dalam surah Muhammad, 47 : 12,
¨bÎ) ©!$# ã@ÅzôムtûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ;M»¨Zy_ ̍øgrB `ÏB $pkÉJøtrB ㍻pk÷XF{$# ( tûïÏ%©!$#ur (#rãxÿx. tbqãè­FyJtFtƒ tbqè=ä.ù'tƒur $yJx. ã@ä.ù's? ãN»yè÷RF{$# â$¨Y9$#ur Yq÷WtB öNçl°; ÇÊËÈ
Terjemahan :
Sesungguhnya Allah SWT memasukkan orang-orang mukmin dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan neraka jahanam adalah tempat tinggal mereka.


Aqidah merupakan suatu yang penting dalam kehidupan seorang muslim untuk menanam semangat keimanan yang kukuh dalam hati mereka. Seseorang manusia yang hidup di alam dunia ini tanpa memiliki semangat keimanan yang tertanam di dalam hatinya adalah tergolong dalam golongan yang terpedaya dengan kesenangan kehidupan di dunia.
            Apabila tiadanya semangat keimanan yang teguh di dalam hati, golongan ini akan merasa takut untuk menegakkan agama Allah SWT ataupun berjihad di muka bumi ini. Apakah mereka ini tidak mengetahui kelebihan berjihad dan menegakkan agama Allah SWT. Tidak mahukah mereka menjadi para syuhada seperti para sahabat. Sebagai contoh Hamzah bin Abdul Mutalib, Khalid al-Walid dan Ammar Yassir. Golongan ini sudah ditimpa oleh suatu penyakit iaitu penyakit terlalu mencintai dunia dan takutkan mati.  
Lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang akan berlaku tidak dihalang dan tidak ditegah kerana amar makruf nahi mungkar tidak dilaksanakan. Seterusnya agama Islam akan dipandang serong oleh masyarakat yang beragama lain. Dakwah Islamiah tidak dapat diteruskan lagi kerana umat Islam sendiri melakukan kemungkaran dan tidak dapat menjadi contoh yang terbaik kepada umat agama lain.
Hal ini demikian menyebabkan mereka yang hidup di dunia ini tanpa berpandukan oleh aqidah yang benar dan tidak mempunyai semangat keimanan di dalam hatinya akan sentiasa merasa gembira di dunia. Tetapi mereka ini tidak menyedari akan azab api neraka yang telah dijanjikan oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak. 
Oleh yang demikian, golongan yang beraqidah dan bertauhid dalam Islam dan kehidupan di dunia adalah satu perkara yang penting untuk memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat. Seseorang yang telah ternyata kejahilannya dalam ilmu aqidah (aqidah al-iman) atau ilmu tauhid, hancurlah aqidahnya dan sia-sia sahaja amalan-amalan mereka. Banyak maksiat dan kemungkaran yang berlaku menyebabkan timbul berbagai-bagai kerosakan di muka bumi ini dan ditimpa bala bencana di dunia.



Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum, 30 : 41,
tygsß ßŠ$|¡xÿø9$# Îû ÎhŽy9ø9$# ̍óst7ø9$#ur $yJÎ/ ôMt6|¡x. Ï÷ƒr& Ĩ$¨Z9$# Nßgs)ƒÉãÏ9 uÙ÷èt/ Ï%©!$# (#qè=ÏHxå öNßg¯=yès9 tbqãèÅ_ötƒ ÇÍÊÈ
Terjemahan :
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.
            Bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT di dunia disebabkan banyak perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia itu sendiri. Hal ini demikian kerana kejahilan mereka dalam aqidah dan tauhid. Bala bencana yang diturunkan juga memberi peringatan kepada umat manusia kerana kekufuran dan kemungkaran yang berlaku di muka bumi. Dengan kata lain, hidup mereka itu selaku seorang Muslim tidak berasaskan aqidah dan tauhid.











Faedah mempelajari ilmu aqidah dalam kehidupan seharian

       Terdapat banyak faedah yang diperoleh dariapada mempelajari ilmu aqidah dalam kehidupan seharian.Antaranya ialah supaya kita terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt.
       Selain itu,kita juga dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kita kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.Tambahan pula,sebagai seorang muslim yang mulia,kita dapat memantapkan akidah kita dan orang lain supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah seperti menyembah berhala,menyembah syaitan dan memuja semangat atau roh orang yang sudah mati.Audit dan Timbangan Amalan.
      Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.Kesannya dalam kehidupan seharian ialah kita akan sentiasa mengingati mati dan akhirat.Oleh sebab itu,kita akan terpaksa berfikir 100 kali,1000 kali sebelum berbuat dosa dan akhirnya kita akan membatalkan niat kita tersebut.Selain itu,Balasan Syurga dan Neraka.
     Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka.Di akhir zaman ini terdapat pelbagai ilmu-ilmu akidah yang ‘baharu’ dan dikatakan akidah islam.
     Kesimpulannya, sebagai umat islam yang berpengetahuan tentang akidah islam yang mengikut syariat islam,kita dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang.





Peranan Aqidah :

     Berimanlah kamu kepada allah dan rasul-NYA serta kepada penerang cahaya (Al-Quran) yang kami turunkan .Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuan-NYA akan segala yang kamu kerjakan.
                                                                                                                 (Surah At-Taghabun)

Peranan Aqidah dalam Membina Masyarakat :

      Sebelum memilih sesuatu jalan, adalah lebih baik untuk diselidiki terlebih dahulu jalan tersebut supaya tidak tersesat. Begitulah diibaratkan dengan pegangan seseorang, jika salah dipilih maka akan musnahlah kehidupan. Oleh itu mari kita selami pengertian aqidah yang betul dari sisi agama Islam.
      Dari segi syarak’ pula, aqidah bermakna segala perkara yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya (Tasdiq) hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan. Kedudukan aqidah setaraf dengan keyakinan yang sama sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan kebimbangan.
     Keyakinan ini pula hendaklah sentiasa berpaksikan kepercayaan kepada Allah kerana Dialah Allah, pemilik hati kita dan Yang Empunya agama agung yakni Islam.
Istilah “aqidah Islam” membawa erti kepercayaan dan keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta selain pengakuan bahawa Allah itu adalah Robb dan Ilah.
     Namun, aqidah Islam masih tidak lengkap jika seseorang itu tidak menaruh kepercayaan secara seratus peratus terhadap nama-nama Allah, sifat-sifatNya selain mempercayai rukun-rukun Iman yang lain iaitu beriman kepada Malaikat, Kitab-kitab, para Rasul, Hari Kiamat dan qadak qadar Allah.

-KELUARGA

“Siapa yang berkahwin (berumah tangga) maka sempurnalah separuh agamanya”                                                                            
                                                                                              -hadith nabi


      Islam sebagai al-Din adalah agama yang menaruh perhatian sangat besar dalam pemupukan nilai dan membangun aqidah sebuah keluarga. Institusi keluarga dalam Islam, adalah unit paling asas yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan perilaku individu. Jika baik, sejahtera dan bahagia sebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam suatu masyarakat, berbangsa dan bernegara. Sekiranya aqidah keluarga berpecah belah maka pengaruh sosial akan dirasakan oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu, maju atau mundurnya suatu negara adalah berdasarkan kepada keberhasilan pembangunan aqidah kekeluargaan tersebut.

     Membangun aqidah keluarga pada hakikatnya merupakan proses dan usaha untuk membentuk individu dan keluarga muslim yang sihat rohani dan jasmaninya, berilmu dan beramal soleh yang bertujuan untuk membentuk insan dan generasi yang beradab. Penggunaan paradigma pendidikan Islam dalam membangun aqidah keluarga adalah sangat penting kerana aqidah keluarga dapat dianggap islami apabila segala prinsip, kepercayaan dan apa yang diamalkannya dalam keluarga tersebut berasaskan pola perlaksanaan pendidikan Islam. Orang tua sebagai pendidik pertama dalam sebuah keluarga merupakan penentu yang akan memperkenalkan kepada anak berbagai corak pemikiran, pemahaman serta pelaksanaan nila-nilai, tradisi dan agama yang difahami dan diamalkannya kelak.

      Justeru itu, kedudukan orang tua dalam aqidah kekeluargaan dalam sudut pandang Pendidikan Islam bukan hanya sekedar memperoleh predikat sebagai Ibu dan Bapa yang memiliki tanggung jawab dalam memenuhi keperluan fizikal dan material saja. Tapi yang lebih penting adalah bagaimana orang tua berserta seluruh elemen keluarga lainnya dalam satu masa supaya berperanan dan berfungsi sebagai muaddib, murobbi, mu’allim dan mursyid bagi anak-anaknya.
    
     Adanya keperibadian dan keunikan bagi individu manusia itu memang diakui , tetapi pada waktu yang sama , setiap individu diberi hak-hak yang tidak boleh dilampaui , kepentingan-kepentingan yang tidak boleh menggannggu kepentingan yang lebih utama , yakni hak masyarakat dan lingkungannya.


MEMILIH ISTERI

      "Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.
      Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw iaitu wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.Keduanya,membantu suami ke jalan kebaikan,
      Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat".Ketiganya pula ialah wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat".







MENDIDIK ANAK DENGAN AKIDAH

      “Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.Dan sederhanalah kamu dalam berjalan  dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.                                                                                                    (Luqman: 13-19)


      Surat Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surat yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak, dengan harapan bahwa sang ayah nantinya dapat meneladani tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan sang anak juga dapat mengikuti petuah dan nasehat seperti halnya anak Luqman.
      Tentu pemahaman ini dapat diterima, mengingat secara tekstual ayat-ayat ini memang berbicara secara khusus tentang pesan Luqman dalam konteks mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Qur’an.
      Selain itu, pesan Luqman dalam surat ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim sehingga sifatnya mutlak dan mengikat  pesan Luqman dalam bentuk perintah berarti perintah Allah, demikian juga nasIhatnya dalam bentuk larangan pada masa yang sama adalah juga larangan Allah yang harus dihindari.




        “Ketahuilah , sesungguhnya para wali Allah tidak merasa takut dan tidak berdukacita”
                                                                                                            ( Surah Yunus ayat 62 )


TOLAK ANSUR AGAMA

      Aqidah Islam bersifat positif terhadap semua penganut agama termasuklah agama kristian , hindu , buddha dan lain-lain.bahkan kaum muslimin disuruh agar berbuat baik dan menyayangi sesama mereka.
      Kita juga disarankan berbuat baik kepada ahli kitab mereka.Sebagai umat islam yang professional dan bertanggungjawab,kita perlulah menunjukan contoh yang terbaik terutama sekali kepada masyarakat yang beragama lain.
      Hal ini dapat kita kaitkan bagaimana cara untuk mendakwah masyarakat beragama lain agar mereka tebuka hati untuk memeluk agama kita.Islam mengajar kita supaya melakukan amal kebaikan dan meninggalkan keburukan.
     Sama seperti agama lain.Akan tetapi,kita mempunyai Allah yang maha esa,Muhammad sebagai pesuruh Allah dan Kitab suci Al-Quran sebagai penerang cahaya atau tonggak kepada agama islam yang jika dibandingkan dengan agama lain,mereka tidak mempunyainya.Justeru,mereka akan tertarik dengan agama kita dan makin bertambahlah umat islam di serata dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud :
     “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana kamu , dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu , Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”



HAK-HAK INDIVIDU DARI MASYARAKAT

      Hak untuk saling menumpang secara maknawi dalam hidup bermasyarakat.
Kepentigan ini meliputi banyak sebab, diantaranya islam tidak diperbolehkan menyembunyikan ilmu yang bermanfaat, memberikan nasihat kepada yang membutuhkan. Islam juga menganjurkan untuk menolong yang zalim dan dizalimi.
     Rasulullah bersabda:’’Bantulah saudaramu yang zalim menganiaya dan saudaramu yang teraniaya’’. Para sahabat bertanya: “ya Rasul, kami menolong yang teraniaya, bagaimana menolong orang yang menganiaya? Rasul menjawab : “menghalanginya untuk berbuat aniaya”. (HR. Bukhari).
      Kesimpulannya di sini tidak kiralah yang ditolong itu zalim atau teraniaya,kita perlu juga menolongnya agar kita sama-sama dapat manfaat kebaikan setelah kita menolong mereka iaitu dengan memperbetulkan akidah kita bersama.


HAK-HAK TERPENTING INDIVIDU

      Sesungguhnya hidup dengan mulia merupakan salah satu hak – hak manusia yang dijamin keberadaannya dalam islam. Keberadaan hak –hak tersebut menurut kaca mata islam adalah merupakan nikmat yang telah Allah berikan kepada manusia. Islam juga berpendapat lebih jauh dari itu, yaitu bahwa hak-hak tersebut merupakan hak yang akan dimintai pertanggung jawabannya, baik sebagai seorang pemimpin ataupun yang di pimpin. 


     Hak-hak manusia dalam agama islam merupakan hak yang tetap tidak berganti walaupun pergantian waktu ataupun tempat. Bagi setiap orang diwajibkan melaksanakan hal-hal yang dijamin berlangsungnya hak tersebut.
     Maka untuk menjamin hak hidup, islam melarang bunuh diri, baik dengan sengaja maupun dengan menggunakan atau meminum ubat-ubatan keras yang dgunakan untuk membunuh diri sendiri.


KEBEBASAN BERPENDAPAT

     “Kebebasan berfikir hendaklah dijamin selama ia berjalan dalam jalur tabi’i yang lurus . Dengan kata lain , perlu diberi kesempatan untuk berfikir sama ada mengatakan “tidak” atau mengatakan “ya” “..Sistem ini juga diguna pakai dalam kehidupan moden kini.Sistem ini boleh digunapakai.
      Akan tetapi,a perlulah berpatutan dengan syarak dan tidak digunakan berdasarkan konsep akal dan hawa nafsu.Hal ini boleh mengundang padah masalah-masalah yang berkaitan agama dan ia boleh menyebabkan kesalahan-kesalahan hukum agama yang disalahguna.
      Kesimpulannya,ia boleh digunapakai akan tetapi ia perlulah berdasarkan nas-nas al-quran dan hadith-hadith yang shahih.





HAK KEHORMATAN DIRI DAN HIDUP

      Kehidupan merupakan kemuliaan dalam agama islam, jiwa satu sama dengan jiwa seluruh manusia. Allah berfirman yang ertinya:

 “Sesungguhnya barang siapa yang membunuh satu jiwa maka seakan-akan dia telah membunuh manusia semuanya”.                                                                                             (Al-maidah:32).

     Islam juga memuliakan manusia baik ia masih hidup ataupun mati, maka tidak dibolehkan memotong-motong badan manusia baik ia dalam kondisi hidup ataupun mati. Dalam rangka menjamin hak hidup manusia, islam mengharamkan pembunuhan kecuali terhadap orang-orang tertentu yang telah diatur oleh agama. Dalam rangka menjamin hak keselamatan badan, agama islam melarang setiap muslim untuk menyakiti diri sendiri. 


Berjihad di jalan Allah :

      “Dan buatlah persiapan untuk menentang mereka sedaya upaya kamu daripada kekuatan    dan kuda yang ditambat yang dapat menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu”
                                                                                                   -Surah Al-Anfal ayat 60

     Jihad ( جهاد ) adalah berjuang dengan sungguh-sungguh menurut syariat Islam.
     Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan DinAllah atau menjaga Dan tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran.

       Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturanAllah, menyucikan qalbu, memberikan pengajaran kepada ummat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.


Faedah mempelajari ilmu aqidah dalam kehidupan seharian :

1.      Supaya kita dapat mengelakkan diri dari sebarang ikutan atau taklid.

2.      Menyelamatkan diri dari sebarang khurafat dan syirik.

3.      Mendorong kita ke arah melakukan perbuatan atau amalan-amalan yang taat dan memperhambakan diri kita kepada Allah yang maha esa semata-mata.

4.      Menjauhikan diri dari segala perbuatan dosa dan perkara yang sia-sia.

5.      Dapat meyakinkan diri kita sebagai hamba-hamba Allah yang lemah lagi serba kekurangan yang sentiasa berhajat kepada Allah semata-mata.

6.      Menjadikan diri seseorang itu patuh kepada ibubapa , saudara-mara , rakyat , bangsa , dan negara.




KESIMPULAN :

Tidak dapat disangkal lagi kebenarannya bahawa akidah merupakan asas yang sangat penting kepada agama Islam.Akidah telah menjadi penentu serta pengukur keimanan dan ketaqwaan seseorang dalam ibadah seharian , dan sesungguhnya Islam tidak akan pernah sempurna tanpa akidah.Kewujudan akidah sememangnya menjadi pelengkap bagi agama yang suci ini.Hakikat keimanan yang sebenar hanya boleh dicapai dan dirasai melalui penghayatan yang mendalam terhadap akidah Islam , maka tanpa akidah yang mantap dan kukuh , kemanisan iman dan nikmat Islam itu tidak akan dapat dirasai oleh seseorang manusia.Hal ini kerana akidah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang.Seorang muslim atau muslimah yang mempunyai akidah yang mantap akan sentiasa mengamalkan rukun iman yang enam dalam hidup seharian mereka.Dengan lengkap dan sempurnanya aspek – aspek ini , maka sekaligus ia juga akan menjadikan manusia terutamanya umat Islam lebih menghalusi dan memahami serta menghayati dengan lebih mendalam lagi berkenaan urusan perhubungan di antara sesama manusia dengan Allah s.w.t.

Hal ini jelas membuktikan bahawa akidah merupakan sesuatu elemen yang sangat penting yang juga melambangkan imej sebenar Islam kepada agama – agama lain.Pembangunan yang merangkumi serta meliputi sifat kerohanian dan material yang menjurus terus kepada pembangunan insan juga akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Maka jelaslah terbukti bahawa akidah merupakan tunjang utama dalam pembangunan ummah yang sekaligus menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam pada masa dahulu , kini dan selamanya.


.



  •  
  • RUJUKAN :
  •  
  • ·         Al – Qur’an Al – Karim dan terjemahannya.
  • ·         Kamus Dewan Edisi Keempat.
  • ·         Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato’ Dr. Harun Din , 1995 , Permasalahan Aqidah Tauhid , Kuala Lumpur , Darul Nukman.
  • ·         Haji Said Haji Ibrahim , 1996 , Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah , Kuala Lumpur , Darul Ma’rifah.
  • ·         Che Haslina Binti Abdullah , Buku Teks CTU 101 “Prinsip-prinsip Asas Islam” , Bab 2 ‘Aqidah Teras Pembangunan Muslim.  
  •  







www.tips-fb.com

11 comments:

  1. bagus blog ni . bnyak membantu . terima kasih kerana kami jadikan artikal ini sebagai bahan rujukan kami. :D

    ReplyDelete
  2. assalam yg bhagian ayat al-quran tu memang disengajakan mcam tu ker..atau x dapat di detect...

    ReplyDelete
  3. yg tu ikut komputerlaa ada letak software utk ayat al Quran atau x..
    kalau tade software tu, mmg taley nak detect la ayat quran tuu

    ReplyDelete
  4. ouh..enta punya boleh ke..pkai software apa?

    ReplyDelete
  5. search la arabic word font
    install
    insyaallah keluar dalam jawi ayat2 tu semua

    ReplyDelete
  6. assalam, bole tak bg buku rujukan yg kamu guna??
    tq :)

    ReplyDelete
  7. Boleh bg no telefon ust azmin pullong tak? Ade urusan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mohon digunakan sbagai rujukan ye. terima kasih

    ReplyDelete
  9. mohon jadi rujukan please..saya budak baru belajar :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas info.. mmohon buat bahan rujukan dan sebarkan kpd org lain..

    ReplyDelete