Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Friday, 11 November 2011

Mati #1


Di dalam sebuah hadith terdapat sabdaan Bginda s.a.w. “Ya Allah ! Engkau mengheret roh keluar daripada daging,tulang-tulang dan jari-jari!Permudahkanlah bagiku Ya Allah ,akan  kesakitan mati.” Hadrat Hasan r.a. berkata bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w. telah berbincang tentang sakaratul maut dan bersabda bahwa kesakitannya begitu teruk sepertimana kesakitan dirasai ketika Tiga Ratus tempat (badan) dipotong serentak dengan pedang .Semasa mendesakkan orang untuk Jihad Hadrat Ali k.w. berkata “Jika sekiranya kamu tidak terbunuh di dalam medan Jihad(mati syahid) , maka sudah tentu kamu akan mati di atas tempat tidur.Demi zat yg nyawaku dalam genggamanNya! Kesakitan mati adalah lebih teruk dari seribu pukulan pedang serentak (di atas tubuh).” Hadrat Auza’ee  r.a. berkata , “Kami telah dengar dari orang-orang warak bahawa kesakitan maut akan terus dirasai oleh penghuni-penghuni kubur sampai ketika mereka dibangkitkan pada hari Kiamat.”




ini org2 warak..kita?? :))





www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment