Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Sunday, 13 November 2011

Mati #2


Hadrat Syaddad Ibnu Aus r.a. berkata , “Kesengsaraan maut adalah lebih dahsyat daripada segala kesengsaraan dunia dan akhirat.Lebih sakit dari digergaji , lebih daripada dipotong dengan gunting dan lebih menderitakan dari direbus dalam periuk. Jikalau mayat keluar dari kubur lalu menceritakan kesengsaraan maut, maka tiada seorang pun di dunia boleh hidup dengan keseronokan dan tiada seorang pun dapat menikmati tidur dengan nyenyak.” Dikatakan bahawa setelah Hadrat Musa Kalimullah a.s. wafat lalu menemui Allah s.w.t. maka Allah telah bertanya kepadanya bagaimanakah beliau melalui kematian. Maka Baginda menjawab , “Aku mendapat nyawaku dalam keadaan seperti seekor burung yang sedang digoreng tetapi ia tidak mati dan tidak juga dapat terbang dan lari.” Dalam riwayat yang lain bahawa keadaan itu adalah seperti seekor kambing apabila kulitnya dicabut dalam keadaannya hidup. 



www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment