Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Friday, 18 November 2011

kipas berputar laju



kipas yg laju berputar tidak akan terus berhenti apabila suis ditutup..begitu jgk iman kita..xkan terus mati walaupun kita pernah melakukan dosa :) 

p/s : buat amalan secara istiqamah/byk dlm hari kita agar "kipas" kita xkan terus berhenti begitu shj ;)




www.tips-fb.com

Monday, 14 November 2011

Mati #3



Hadrat Aisyah r.a.h berkata bahawa semasa Baginda Rasulullah s.a.w. hampr wafat satu mangkuk penuh dengan air telah diletak berhampiran dengan baginda. Maka Baginda berkali-kali masukkan tangannya yang mulia di dalam mangkuk itu lalu menyapu wajahnya yang mulia serta bersabda, Ya Allah! Tolonglah aku dalam kesakitan nazak ini.” Hadrat Umar r.a. telah menyuruh Hadrat Kaab r.a., “Ceritakanlah mengenai keadaan mati.” Beliau menjawab , “Wahai Amirul Mukmineen! Ia nya seperti sebatang dahan pokok yang berduri dimasukkan ke dalam tubuh seseorang sehingga ia telah memasuki tiap-tiap rongga tubuhnya lalu diheret dengan penuh kekuatan. Begitulah roh diheret dari tubuh.”


masyaallah T.T

www.tips-fb.com

Sunday, 13 November 2011

Mati #2


Hadrat Syaddad Ibnu Aus r.a. berkata , “Kesengsaraan maut adalah lebih dahsyat daripada segala kesengsaraan dunia dan akhirat.Lebih sakit dari digergaji , lebih daripada dipotong dengan gunting dan lebih menderitakan dari direbus dalam periuk. Jikalau mayat keluar dari kubur lalu menceritakan kesengsaraan maut, maka tiada seorang pun di dunia boleh hidup dengan keseronokan dan tiada seorang pun dapat menikmati tidur dengan nyenyak.” Dikatakan bahawa setelah Hadrat Musa Kalimullah a.s. wafat lalu menemui Allah s.w.t. maka Allah telah bertanya kepadanya bagaimanakah beliau melalui kematian. Maka Baginda menjawab , “Aku mendapat nyawaku dalam keadaan seperti seekor burung yang sedang digoreng tetapi ia tidak mati dan tidak juga dapat terbang dan lari.” Dalam riwayat yang lain bahawa keadaan itu adalah seperti seekor kambing apabila kulitnya dicabut dalam keadaannya hidup. 



www.tips-fb.com

Friday, 11 November 2011

Mati #1


Di dalam sebuah hadith terdapat sabdaan Bginda s.a.w. “Ya Allah ! Engkau mengheret roh keluar daripada daging,tulang-tulang dan jari-jari!Permudahkanlah bagiku Ya Allah ,akan  kesakitan mati.” Hadrat Hasan r.a. berkata bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w. telah berbincang tentang sakaratul maut dan bersabda bahwa kesakitannya begitu teruk sepertimana kesakitan dirasai ketika Tiga Ratus tempat (badan) dipotong serentak dengan pedang .Semasa mendesakkan orang untuk Jihad Hadrat Ali k.w. berkata “Jika sekiranya kamu tidak terbunuh di dalam medan Jihad(mati syahid) , maka sudah tentu kamu akan mati di atas tempat tidur.Demi zat yg nyawaku dalam genggamanNya! Kesakitan mati adalah lebih teruk dari seribu pukulan pedang serentak (di atas tubuh).” Hadrat Auza’ee  r.a. berkata , “Kami telah dengar dari orang-orang warak bahawa kesakitan maut akan terus dirasai oleh penghuni-penghuni kubur sampai ketika mereka dibangkitkan pada hari Kiamat.”




ini org2 warak..kita?? :))





www.tips-fb.com