Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Sunday, 4 November 2012

Keadaan yang dibenarkan melambatkan solat





Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
Dalil hadith; 
Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
(Hadith Shahih riwayat Al-Bukhari)


2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
Dalil hadith;
Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”
3. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
4. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
5. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.
6. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
7. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.



bersumber juga dari : http://fekah.blogspot.com/

www.tips-fb.com

Monday, 8 October 2012

Adakah setiap kali kita bertaubat kita dimaafkan?





Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah
SAW seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"

Rasul menjawab,

"Ya. Akan ditulis"

Ia bertanya lagi,
"Bagaimana jika aku bertaubat?"

Rasul menjawab,
"Akan dihapus."

Ia berkata lagi,
"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"

Rasul menjawab,
"Akan ditulis."

Ia berkata lagi,
"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"

Rasul menjawab,
"Akan dihapus."

Lelaki itupun berkata,
"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan
menghapus?"

Rasul menjawab,
"Allah tidak akan bosan
memberi ampunan sampai
kalian bosan meminta ampun."

(Hadis Riwayat Thabrani dan al-Hakim)








share via page Mencari keredhaan Illahi






kesimpulannya dari saya, JANGAN MALU UNTUK BERTAUBAT SEBAB KITA DAH BANYAK KALI BUAT DOSA TAPI MALU LAH UNTUK BUAT DOSA SEBAB KITA DAH BANYAK KALI BERTAUBAT.. ok?? :')

Allahurobbi :")




www.tips-fb.com

Tuesday, 2 October 2012

Si Tua Buta Berserban





tersentak hati bila pergi ke surau tadi..nampak seorang lelaki tua berserban..
saya dah lama perhatikan lelaki tua ni..boleh dikatakan setiap kali saya datang surau, memang konfem la dia ada..

terdetik sesuatu di hati saya,,

terfikir,,kenapa Allah ciptakan aku sempurna??kenapa tidak kepada lelaki buta tu??

lelaki tu buta tapi dia boleh ke surau setiap waktu..

lelaki tu buta tapi dia boleh pakai serban sentiasa..

masyaAllah..Allah muliakan dia :')

Syukur Allah ciptakan saya sempurna fizikal..ada mata yang boleh melihat jalan, ada kaki boleh berjalan ke surau, ada telinga boleh mendengar azan..


jadi, apa beza saya/kita dengan si tua buta berserban ni kalau kita tak ke surau/masjid??

Allurobbi :'(

jom rajin2 kan kaki..pujuk hati kita ke surau..tinggalkan laptop n pelajaran sekejap..kita spend 10minit je ke surau/masjid ni..mati tu bila2 boleh jadi..tengah study..tengah main game..tengah fb..tengah blogging..kalau mati masa on the way masjid pun sejuk la jugak hati tahu..kan..kan..allahurobbi :'( 



orang yang pergi ke masjid belum tentu baik, tapi orang yang baik sudah tentu akan ke masjid ;)



www.tips-fb.com

Friday, 22 June 2012

Rejab bulan Allah?Syaaban bulan Muhammad?Betul ke Hadith ni?





"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku"

Hadith yang kini popular dikalangan Umat masyarakat kini,

sudahlah kita tidak tahu asal usulnya, kita pula menyebarkannya..mohon dapat baca sebentar..buat kesedaran kita dan rakan-rakan yang tidak mengetahuinya.

"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku."

Hadith ini adalah hadith PALSU..bukti hadith ini adalah hadith palsu ialah :

-Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam buku karangannya Al-Manar Al-Munif menyatakan hadis ini adalah PALSU dan direka oleh Ibnu Jahdam.

(Menurut az-Zahbi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jahdam ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam al-Zahid. Meninggal dunia pada tahun 414 Hijrah. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Beliau juga sudah dituduh membuat hadith palsu mengenai solat al-Raghaib(solat pada malam Jumaat pertama bulan Rejab)

-Ibnu al-Jauzi juga sudah menyebut hadis ini dalam bukunya al-Maudhu'at (Palsu/Direka reka)

Seterusnya Ibn al-Jauzi menyatakan :

"Hadis ini adalah Maudu' dan dusta ke atas Rasulullah. Padanya terdapat seorang rawi yang bernama Ibnu Jahdam yang terkenal dengan dusta dan aku mendengar guruku Abd al-Wahab berkata : "Para pelapornya majjhul (tidak dikenali) dan sudah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tidak ku temui tentang mereka."

-As-Syaukani juga menyebut dalam bukunya al-Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadit al-Maudhu'ah :

 " Hadis ini adalah Maudu'(Palsu) dan pelapornya adalah majhul (tidak dikenali) dan solat Raghaib yang masyhur ini sudah sepakat para ulamak ia adalah maudhu' (Palsu)."
Berbalik kepada amalan amalan yang sering dicanangkan ketika hampirnya bulan bulan yang telah dinyatakan, Rasulullah saw juga pernah bersabda berdasarkan hadis sahih yang lain.



Antara Kelebihan bulan Sya'ban :

"
Daripada Usamah bin Zaid berkata : Aku berkata kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sunat dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya'ban.

Lalu Rasulullah saw bersabda : "Bulan ini adalah bulan yang sering diabaian oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan dan ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat  menghadap Tuhan semesta alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa. "

(Hadis direkodkan oleh Ahmad, Nasa'ie dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, al-Munziri di dalam sahih al-Jami' dan al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah)

"

Antara kelebihan bulan Ramadhan :

" Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Saya harap entry ni banyak membantu kita dalam menepis hadis palsu yang berkait rapat

Tak dapat diragui la bulan bulan istimewa hampir tiba, dan kita sibuk beramal ibadat kerana "sesuatu kelebihan" yang di war war kan jika beribadat pada bulan bulan tersebut..

Tapi ingat, ibadat kerana Allah, bukan kerana kelebihan-kelebihan tertentu
Nak masuk Syurga perlu Redha Allah, bukan pahala yang banyak semata-mata ;)



www.tips-fb.com

Friday, 4 May 2012

Pengalaman belajar agama di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan


alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT

tuhan sekalian alam yg memberikan kita nyawa

sampai hari ni

walaupun

kita masih melakukan dosa 

tiap-tiap hari 

Namun dia tuhan yg adil

dia tahu apa yg terbaik utk kita 

dia tahu kita akan kembali padanya

dia tahu hamba-hamba NYA dpt kembali ke jalanNYA

InsyaAllah ;)


hew,, dah lama rasa xupdate blog ni
hampir 2 bulan jgk la rasanya
tp alhamdulillah harini dapat juga update

dikesempatan cuti 2 bulan 2 minggu ni
Alhamdulillah dapat juga ana lapangkn masa
menuntut ilmu agama
kerana diri yg serba tidak sempurna ni

mencari ilmu Allah yg UNLIMITED ni
ana belajar di Pondok Pasir Tumboh di negeri UMI ana di Kelantan

alhamdulillah..banyak juga ilmu "Baru" yg ana dapat temui di Pondok

ana hanya mampu kongsikan beberapa kenangan ketika ana berada di pondok :')









bakal imam muda musim ke-4 :D



pengorbanan yang sangat tinggi dan perhargaan hebat dari  Allah SWT bagi mereka yang mencari ilmu ;)









Alhamdulillah, timing yang sangat tepat ana datang/masuk ke pondok ni

kenapa??

antaranya, sultan muhammad 5 datang ke pondok pasir tumboh ini utk menunaikan solat jumaat bersama-sama pelajar pondok dan tuan guru yang dah lama berkhidmat di sini




perhati betul2 kat pinggang dia..ada pistol..bodyguard sultan mungkin






semua dalam tulisan jawi !! termasuklah iklan-iklan yg ada di kelantan..malah di kedai-kedai




beruntungnya ana buat kali ke-2 ialah,

dapat hadir secara live untuk menyaksikan ceramah Ustaz Azhar Idrus 

bukan ana seorang

malah ana bawa rakan-rakan pondok ana ;DD


bayangkan..satu kereta ni boleh bawa 15 org sekaligus ;DD



perasan tak yang kat tengah2 tu..ala-ala Ibrahim Pendek dalam filem P.Ramlee kan :DD istimewa Allah bagi kat dia


ceramah yang berlangsung di perkarangan sekolah Arab






TGH Nik Aziz pun antara Ulama2 yang tersohor di tanah melayu :)






baru pukul 9 sahaja, dianggarkan 12,000 manusia telah memenuhi kawasan yg sempit ini..baru pukul 9..belum selepas itu..subhanallah..Allah maha kuasa!!





banyak lagi event yang ada cuma tak berkesempatan untuk menyaksikan

oleh kerana ana pulang cuti ke kampung ana di pasir tumboh juga, ana terlepas belajar bersama Tuan Guru Nik Aziz yang datang ke pondok ana mengajar kitab di sana



selain tu, pondok ana juga didatangi ulama dari Negara Yaala

ana tak hadir kerana dia datang bersama jemaahnya pada ketika itu ana cuti

sangat rugi T.T

banyak kawasan yang menarik yang terdapat di Pondok ini..antaranya ialah :D


pemandangan dari tingkat paling atas masjid pondok ni..heeee..lepak sini je ptg2..sebab kat bilik panas..kat sini angin kuat :)

Mohon jangan beritahu jawatankuasa pondok..sebab tempat ni "restricted" rasanya la..sebab tu kami lepak menikmati permandangan di sini senyap senyap..hehe 







nak bergambar juga ;D



indahnya ciptaan Allah kan..Allah cipta utk apa??untuk kita hayati dan kita fikir..bagaimana Allah boleh ciptakan syurga dn neraka kelak..mestilah sgt hebat kuasaNYA ;)


kucing pun nak interframe..haha..haiwan kesayangan nabi kita la..nabi Muhammad SAW #selawat


masa yang Allah beri ada penghujungnya

begitu juga Allah ciptakan bumi ni..untuk kita guna dan "lakon"kan apa yang terbaik untuk kita persembahkan pada Allah padi hari perhitungan nanti ;)

kenangan terindah belajar di pondok..walau masa yang sangat singkat

kenduri tahlil sebelum meninggalkan pondok #amalan pelajar pondok sebelum meninggalkan pondok


solat sunat hajat


tahlil




makan makan tu penting ;D



roti canai 50 keping di belanja oleh Hamba Allah :D






bila dah habis makan, semua mengelak nak basuh talam(dulang)..haha


kenyang perut senang hati ;D



Alhamdulillah Allah bagi kenyang bukan makanan bagi kenyang :)


band pondok :DD



hari kedua tahlil, hamba Allah seorang lagi belanja KFC pulak ;DD


first time tengok fries berlambak-lambak ;D


kucing pun nak jugak..rezeki untuk dia Allah dah tulis kan?? :)


kenyang perut senang hati ;DD


ni kenyang ke bunting?? haha ;DD


okay, slamat tinggal :')


assalamualaikum kenangan..semoga kedatangan pengalaman baru dapat mengajar erti kehidupan yg baru..bekalan dunia akhirat insyaAllah :')

Sangat seronok belajar di sini..banyak kitab boleh dipelajari 


Antara senarai kitab yang dipelajari di Pondok Pasir Tumboh. Latest update jadual 2015 saya perolehi dari kawan saya yang belajar di sana



dan jika ada sesiapa berminat untuk belajar di pondok ni, jadi pelajar sepenuhnya, jadi pelajar sementara pun boleh, boleh la direct call no yang tentera di bawah..serius anda tak akan menyesal








tambahan orang luar dari negeri Kelantan yang nak melihat sendiri bagaimana suasana agama di Kelantan yang selama ini tv canang cerita buruk pasal Kelantan, boleh la pergi sendiri ye..kenyataan pena tak sama dengan kenyataan pengalaman :) sincerely, me from Melaka :)











rindu yang teramat :")







www.tips-fb.com