Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Friday, 22 June 2012

Rejab bulan Allah?Syaaban bulan Muhammad?Betul ke Hadith ni?





"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku"

Hadith yang kini popular dikalangan Umat masyarakat kini,

sudahlah kita tidak tahu asal usulnya, kita pula menyebarkannya..mohon dapat baca sebentar..buat kesedaran kita dan rakan-rakan yang tidak mengetahuinya.

"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku."

Hadith ini adalah hadith PALSU..bukti hadith ini adalah hadith palsu ialah :

-Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam buku karangannya Al-Manar Al-Munif menyatakan hadis ini adalah PALSU dan direka oleh Ibnu Jahdam.

(Menurut az-Zahbi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jahdam ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam al-Zahid. Meninggal dunia pada tahun 414 Hijrah. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Beliau juga sudah dituduh membuat hadith palsu mengenai solat al-Raghaib(solat pada malam Jumaat pertama bulan Rejab)

-Ibnu al-Jauzi juga sudah menyebut hadis ini dalam bukunya al-Maudhu'at (Palsu/Direka reka)

Seterusnya Ibn al-Jauzi menyatakan :

"Hadis ini adalah Maudu' dan dusta ke atas Rasulullah. Padanya terdapat seorang rawi yang bernama Ibnu Jahdam yang terkenal dengan dusta dan aku mendengar guruku Abd al-Wahab berkata : "Para pelapornya majjhul (tidak dikenali) dan sudah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tidak ku temui tentang mereka."

-As-Syaukani juga menyebut dalam bukunya al-Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadit al-Maudhu'ah :

 " Hadis ini adalah Maudu'(Palsu) dan pelapornya adalah majhul (tidak dikenali) dan solat Raghaib yang masyhur ini sudah sepakat para ulamak ia adalah maudhu' (Palsu)."
Berbalik kepada amalan amalan yang sering dicanangkan ketika hampirnya bulan bulan yang telah dinyatakan, Rasulullah saw juga pernah bersabda berdasarkan hadis sahih yang lain.



Antara Kelebihan bulan Sya'ban :

"
Daripada Usamah bin Zaid berkata : Aku berkata kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sunat dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya'ban.

Lalu Rasulullah saw bersabda : "Bulan ini adalah bulan yang sering diabaian oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan dan ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat  menghadap Tuhan semesta alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa. "

(Hadis direkodkan oleh Ahmad, Nasa'ie dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, al-Munziri di dalam sahih al-Jami' dan al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah)

"

Antara kelebihan bulan Ramadhan :

" Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Saya harap entry ni banyak membantu kita dalam menepis hadis palsu yang berkait rapat

Tak dapat diragui la bulan bulan istimewa hampir tiba, dan kita sibuk beramal ibadat kerana "sesuatu kelebihan" yang di war war kan jika beribadat pada bulan bulan tersebut..

Tapi ingat, ibadat kerana Allah, bukan kerana kelebihan-kelebihan tertentu
Nak masuk Syurga perlu Redha Allah, bukan pahala yang banyak semata-mata ;)



www.tips-fb.com