Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Sunday, 21 September 2014

Wanita perlu tahu bila berhias





Ini cikgu saya, nama dipanggil cikgu Azrin..tertarik dengan kata kata nya;

Saya ada bagitahu pelajar pelajar perempuan, bila bermake-up n berhias depan cermin tu, tanya diri sendiri, adakah cara berhias aku harini menarik perhatian lelaki, adakah pakaian aku harini menarik nafsu lelaki

so let me straight to the point,

wahai muslimat, women, wanita, kaum Hawa sekalian, fikirkanlah semasa anda berada di depan cermin menghias diri, 

Agak agak la kan, pakaian yang anda pakai harini menaikkan nafsu lelaki tak? 

Agak agak dengan wangian yang melampau harini menarik lelaki mendekati anda tak? 

Agak agak dengan kejelasan penampakan bentuk badan anda harini menarik lelaki cuba mengambil kesempatan pada anda tak?



mungkin some akan mengatakan "alahai tak payah la pandang kalau cmtu"
Bagaimana mungkin kerana kami, lelaki, ada yang lemah imannya, terpandang, sesetengah kami menundukkan pandangan, diganggu dengan panahan syaitan, sesetengah akan memandang lagi


Kami bukan imannya malaikat..malaikat, yang sentiasa taat pada Allah..dosa habuk pun tak ada..kami juga terdiri dari pendosa..kami juga terdiri dari pendosa yang ingin berubah, berhijrah kepada yang lebih baik


Oleh itu, anda juga boleh..mohonlah..semasa berhias diri

sikit sikit, labuhkan tudung

sikit sikit, longgarkan pakaian

sikit sikit, kurangkan rasa ingin dipandang manusia kerana yang lebih lebih penting ialah pandangan Allah Nanti




Cubalah, insyaAllah anda akan lebih disegani..lelaki nak pandang pun segan..kalau saya lepak dengan kawan kawan, mesti cm "uih, calon isteri..cepat cepat..mintak no hp ayah dia"

Instead bila ternampak yang seksi meksi "haaa, yang ni buat awek je boleh la..buat bini tak boleh..habis mak aku pukul aku nanti"

Saya cuba ceritakan realiti bila lepak lepak dengan ramai, macam macam jenis kawan


Delete la gambar gambar anda yang mungkin menaikkan nafsu ramai lelaki di laman sosial, facebook, twitter, instagram, tagged, wechat, dll

Delete la gambar gambar anda yang tak menutup aurat..kesian ayah anda menanggung dosa kerana anda..sudah la penat bekerja menyara hidup..dipikul pula satu lagi bebanan di akhirat




Maaf dipinta, diri ini juga banyak dosa,

muiz


www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete