Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Friday, 3 January 2014

Adakah dosa aku dimaafkan Allah

Selalu aku teringat..dari saat bila aku mula melakukan dosa setelah aku akil baligh

Seolah olah ingin memiliki mesin masa, memutar waktu dan ketika aku melakukan dosa..setiap detik ingin aku cari di mana salah nya

Salah aku pada Allah??Salah aku pada manusia??atau salah aku pada ciptaanNya

aku risau dengan keadaan diri yang bergelumang dosa..takut takut Allah menarik masaNya daripada aku hingga aku terkandas mati dalam kemaksiatan







sejuk hati bila terjumpa kalam Saiyiduna Muhammad SAW :


Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata, "Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?" Rasulullah menjawab, "Ya. Akan ditulis." Ia bertanya lagi, "Bagaimana jika aku bertaubat?" Rasulullah menjawab, "Akan dihapus."

Ia berkata lagi, "Bagaimana jika aku mengulangi lagi?" Rasulullah menjawab, "Akan ditulis." Ia berkata lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?"

Rasulullah menjawab,"Akan dihapus." Lelaki itu pun berkata, "Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus?" Rasulullah menjawab, "Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."

(HR Thabrani & al-Hakim)



Jadi kepada rakan rakan dan sahabat pembaca,

1) Masa masih ada..kita sedar akan dosa kita..itu tanda Allah masih sayang pada kita :)

2) Jangan pernah endah manusia yang mengeji hijrah kita..kerana percayalah Allah akan menggantikan sahabat baru yang lebih baik daripada mereka

3) Sentiasa mendampingi ulama' dan menghadiri majlis majlis ilmu..kerana melakukan dosa banyak berlaku akibat kejahilan diri kita memiliki ilmu agama

4) Sentiasa tingkatkan ilmu, iman dan amal serta mencari suasananya seperti jemaah dakwah yang bertebaran di seluruh dunia

5) Jauhi mana mana ajaran seperti syiah dsb..kerana mereka sentiasa mencari cari ahli baru dalam mencucuk semangat kita dengan kelebihan ajarannya..kesimpulannya, ilmu sangat penting!

6) Al Quran & Sunnah tunjang utama hidup manusia kepada Tuhannya :)








www.tips-fb.com