Alhamdulillah perniagaan iman ialah perniagaan paling maju dunia akhirat

Thursday, 24 April 2014

Kenangan Manis Dakwah

(Watak bukan dalam gambar)
Satu kisah dakwah budak jalanan oleh Abang Ariffin, bekas kaki Disco yg kini Da'e yg menceritakan kisah ni kt aku..katanya ini ialah pengalaman paling manis dalam dia berdakwah
Perkara ni berlaku pada 2012 di mana satu jemaah telah dihantar ke Perlis n mereka ditempatkan di satu surau di sebuah taman
Di petang hari, amalan ziarah dari rumah ke rumah telah dilakukan..tidak banyak yang diperkata..hanya bertanya khabar mengenali saudara seislam dan memujuk rayu agar semua lelaki yg sudah akil baligh datang menghadiri surau menunaikan solat fardhu
Abg Ariffin jumpa seorg remaja dikenali Mat..dia diajak ke surau solat berjemaah, mendengar hadith nabi, kisah para sahabat dll..teruja katanya lalu jemaah ajak bersama di surau..dia setuju dan memohon izin ayahnya untuk iktikaf 3 hari di surau
Seronok bersama jemaah tapi 3 hari berlalu..dia terpaksa pulang kerana janjinya pada ayah..pulang petang tiba tiba hadir pagi esok
Abg ariffin, "eh, datang balik..kenapa?" Mat, "ala bang..susah la nak jaga solat kt rumah" abg Ariffin, "takpe..duduk jela dengan kami" hari berlalu
Mat diajak membantu jemaah..beliau hadir majlis ilmu, ziarah rumah, memasak, solat fardhu berjemaah
Hingga satu malam jam 2 pagi Mat terbangun mengejut abg Ariffin kerana sakit belakang "bang..sakit bang..sakit bang"
"Mat, kenapa ni?" "Sakit bang..sakit bang" "Mat, cakap la sakit ya
Allah..sakit ya Allah" " Sakit bang..sakit bang" "Mat, abg janji kalau kau mati esok, abg mandikan kau, abg kafankan kau, abg masukkan kau dalam liang lahad, abg tanam kau" Mat terdiam n baru berkata "sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah" hingga esok paginya
Aktiviti jemaah berjalan seperti biasa hingga satu malam ketika bacaan hadith nabi..Mat hilang semasa bacaan..abg Ariffin sangka mungkin dia pulang rumah..telefon abg Ariffin berdering "Ariffin, Mat meninggal..eksiden jalanraya" abg Ariffin gundah gulana..kereta Mat masuk dalam sungai
Hospital sahkan Mat bukan mati lemas tapi mati di tepi jalanraya mungkin kerana penat selamatkan diri..abg Ariffin buka kain kafan, " masyaAllah muiz..dia senyum kt abg..masa nak solat, masjid berbau harum seharumnya" *air mata abg Ariffin berlinang* aku hampir menangis sekali
Abg Ariffin kata "kalaulah abg tahu ilmu roh..roh nak dikeluarkan masa dia kata sakit malam tu, dah tentu abg nak ikut dia dalam kereta yg sama n mati sama sama dengan dia" aku terdiam sebak..abg Ariffin mengesat air mata
Ya Allah, apalah pengorbanan aku untuk agamamu selama hampir 21 tahun ini ya Allah..pilihlah aku untuk mati di jalan kau ya Allah :'(


www.tips-fb.com